17 January 2015

PENJAGAAN PEMAKANAN SIHAT & SUNNAH PARA HUFFAZ

Jika anda ada baca entri saya sebelum ni, tentu anda tahu yang saya hendak sangat anak saya menjadi seorang huffaz. Maka saya pun menghantarnya ke sekolah tahfiz.

Sabtu minggu lepas sekolah tersebut mengadakan perjumpaan dengan ibubapa bakal huffaz ni, untuk terangkan panduan ibubapa, apa aktiviti mereka, pemakanan mereka dan sebagainya.

Para huffaz memang jaga pemakanan demi menjaga kualiti hafazan al-Quran dan pembelajaran akademik mereka. Pemakanan adalah permulaan segalanya.

Di antara penjagaan pemakanan organik yang sekolah ini lakukan adalah dengan menggunakan tepung tanpa peluntur, mentega tertentu, yis natural, baking soda & baking powder organik. Selain itu daging ayam yang digunakan juga adalah ayam organik.
Makanan ringan seperti gula-gula, keropok dan sebagainya yang kita panggil jajan juga mereka sangat tak galakkan.

Yang menariknya, mereka berikan kami, ibubapa bakal huffaz ni, resepi masakan seperti sos tomato, sos tiram, susu pekat dan sebagainya.

Oh ya.. kicap memang para huffaz tak makan.

Bagi umat Islam, apabila kita membicarakan konsep halal, ia melangkau kepada toyyiban (kebaikan). Jadi apabila menyebut halalan toyyiban ia memberi maksud sesuatu yang halal dan bersifat baik serta elok.

Jika halal tetapi memudaratkan dan mengundang sakit bukanlah toyyiban.

Mereka tak akan beri minuman atau makanan yang mengandungi Maltodextrin. Ini kerana ia terus serap ke dalam saluran darah yang boleh mengakibatkan risiko Diabetes, darah tinggi, serangan jantung dan pelbagai penyakit moden lain. Nauzubillah.

Kami sekeluarga pun sedikit demi sedikit cuba mengurangkan makanan selain yang disebut di atas.

Oh ya.. kebanyakan barangan runcit yang melibatkan makanan ni, kami beli di kedai AzZain dan bahagian organik yang ada di kebanyakan pasaraya seperti Sam Grocers, JayaGrocers, Giant, Tesco, dan sebagainya.

3 comments:

  1. Assalam Ruzana ..moga impian zana menjadi ibu seorang huffaz akan terlaksana.
    satu perkongsian yang menarik tentang permakanan baik untuk anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam.
      Amin k Saniah. In syaa Allah.
      Thank you!

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign