18 October 2015

TIPS JELITA - MENCUCI MUKA DENGAN RINGKAS


Haha.. saya tau yang membaca blog saya ni ramai wanita, jadi saja belanja gambar lelaki hensem cuci muka dia...bagi semangat kepada anda untuk cuci muka, tengok kulit muka lelaki ni lagi cantik flawless gitu, semangat sikit kan?

Memang kadang-kadang lepas balik kerja ke.. malah yang tak bekerja, housewife/househusband pun, banyak woo kerja yang dilakukan di rumah.. penat kan. Nak cuci muka pun malas. So, bila dah kusam semacam.. mulalah rajin balik.

Jangan risau, tak payah duduk lama-lama dalam bilik air.
Saya nak share cara mencuci muka yang simple ringkas untuk anda.. menjimatkan masa anda kat dalam bilik air.

FIRST & FOREMOST

CUCI TANGAN sebersih-bersihnya.
Of course la kan.. sebab nak cuci muka takkan dengan tangan kotor.

KEMUDIAN

Cuci muka dengan make-up remover dulu. Samada pakai mekap atau tidak, sebab muka kita sure berdaki punya kalau tak pakai mekap pun. Kalau guna make-up remover, muka akan lebih bersih selepas dicuci dengan sabun/pencuci muka kelak.

NEXT

Kalau pencuci muka anda jenis krim, picitkan sedikit (agak-agak besar 1 cm) atas tapak tangan.

Kalau cecair, pamkan lebih kurang sebesar 5 sen di atas tapak tangan. 

Untuk muka jenis biasa - berminyak : guna gel atau foam.
Untuk muka jenis biasa - kering : guna jenis krim / milky.


LANGKAH 1

Di atas muka yang telah dikeringkan dari make-up remover, titikkan bahan pencuci muka di atas muka anda di bahagian dahi, pipi kiri kanan, hidung & dagu, seperti gambar di bawah.

LANGKAH 2

Basahkan jari anda (jari manis & jari tengah), gosokkan bahan pencuci di atas muka tu arah keluar dan ke atas. (upward & outward motion).

LANGKAH 3

Terus gosokkan bahan pencuci di atas muka tu arah keluar dan ke atas (upward & outward motion) selama 2 minit.
Gosok membulat dalam bulatan kecil, mulakan dari bahagian dagu, seterusnya di bahagian misai, kemudian ke arah pipi hingga menghampiri telinga, seterusnya terus ke dahi hingga ke anak rambut di bahagian atas dahi.

LANGKAH 4

Cuci muka dengan air bersih yang sejuk & lap muka anda.
Cara mengelap muka : hanya pedapkan dengan tuala lembut. Jangan gosok muka dengan kuat menggunakan tuala... kerana ia akan menyebabkan kulit muka kasar & rosak. 
Kalau ada tisu tebal pun ok, lapkan dengan cara menekap tisu ke muka anda.
INGAT! JANGAN gosok tapi pedap/tekapkan tuala/tisu ye!

SIAP

Anda telah selesai mencuci muka ayu anda dengan bersih! Alhamdulillah!
So, sekarang, anda boleh lah letak bahan-bahan lain untuk muka seperti toner, serum, pelembap dan sebagainya.

Nak tahu produk Shaklee yang best kami guna?
Klik gambar-gambar produk berikut.

Cadangan pencuci muka yang best untuk anda cuba.

NUTRIWHITE
NUTRIWHITE (Memutihkan)

ENFUSSELLOILY
ENFUSELLE (Normal - Berminyak)
ENFUSELLEKERING
ENFUSELLE (Normal - Kering)

Terimakasih!

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign