3 November 2015

RESEPI - BISKUT COKLAT CHIP & MACADAMIA

BISKUTCOKLATCHIPMACADAMIA


BAHAN-BAHAN (A) UNTUK DIAYAK :

280 gram tepung gandum
10 gram serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar susu tepung
½ sudu kecil tepung bikarbonat
Secubit garam

BAHAN-BAHAN (B)

250 gram mentega
150 gram gula kastor
½ sudu kecil esen vanila

BAHAN-BAHAN (C)


1 biji kuning telur

BAHAN-BAHAN (D)


100 gram cip coklat
100 gram kacang macadamia - my favourite (atau walnut/badam/hazel/peanut atau kismis – ikut citarasa)

CARA-CARA :


(1) Pukul BAHAN-BAHAN (B) iaitu mentega, gula kastor & esen vanila hingga kembang
(2) Masukkan BAHAN (C) iaitu kuning telur
(3) Pukul rata
(4) Masukkan BAHAN-BAHAN (A)
(5) Kacau hingga sebati dengan spatula / tangan
(6) Masukkan BAHAN-BAHAN (D)
(7) Kacau rata
(8) Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang telah disapu marjerin atau mentega. Boleh juga buat bebola kecil (ikutlah 10 gram ke, 20 gram ke setiap bebola tu) dan susun di atas dulang pembakar
(9) Semasa susun, jarakkan jauh sikit dari satu sama lain sebab nanti ia akan mengembang dan meleper semasa proses pembakaran
(10) Bakar pada suhu 160C selama 15-25 minit (bergantung kepada saiz adunan)
(11) Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara

Selain tu, boleh tengok video ni -klik sini Classic Chocolate Chip Cookies Recipe ! - Super Easy !.. super simple nampak cara dia buat. Dia tak letak telur pun... dan sini CHOCOLATE CHIP COOKIE RECIPE -- Chewy Cookie -- Slice and Bake (yang ni special sikit, dia simpan dalam freezer dulu)

Selamat mem"baking" kawan-kawan!!!

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign